Saturday 9 June 2012

Persiapan Terakhir

Assalamualaikum,hai penat betul nak cari isi untuk post ni, akhirnya dapat gak. 'Persiapan Terakhir' ni lah dia tajuk post saya kali ini. Cuti dah nak habis. Orang ramai pun sibuklah pergi beli-belah untuk anak mereka yang akan bersekolah. Sama seperti saya, saya dan ayah saya pergi ke Pekan Meru untuk beli keperluan asrama saya. Mula-mula saya dan ayah saya pergi beli makanan , sabun basuh baju, ubat gigi ,dan sebagainya.


Barang-barang keperluan asrama

Kemudian ayah saya pergi pasar untuk beli barang rumah seperti ikan, udang, miyak masak dan sebagainya. Saya juga turut membantu, tapi bantu bawak troli jelah....hihi. Lepas tu ayah saya hantar saya ke kedai gunting rambut. Habis je gunting rambut, saya dan ayah saya pergi ke kedai kasut. Masa kat kedai tu, saya dan ayah saya cari selipar sebab selipar lama dah buruk. Selesai mencari selipar, cari kasut pula sebab kasut lama dah terkoyak.

Lepas beli selipar dan kasut, saya dan ayah saya pun balik ke rumah. ok setakat ini sahaja dari saya kali ini. Assalamualaikum.

                               

Demam EURO bermula..

Assalamualaikum,pastinya ramai orang yang tunggu saat2 ini iaitu euro. Piala bola sepak eropah ni memang ditunggu-tunggu oleh setiap orang terutamanya golongan lelaki. Hal ini kerana bola sepak merupakan sukan yang dimainkan lelaki. Ada yang memilih pasukan Belanda, Jerman, England sebagai pasukan pilihannya, tetapi saya pastinya memilih pasukan Sepanyol sebagai pasukan pilihan saya . Sepanyol ialah juara Piala Dunia 2010 dan juga juara bertahan EURO.


16 negara bersing untuk mendapatkan gelaran juara

EURO kali ini diadakan di Poland-Ukraine dan hanya menggunakan 4 stadium untuk saingan peringkat kumpulan dan kesemua stadium ini berada di Ukraine . Salah satu yang saya tahu ialah Stadium Metalist Kharkiv. Ramai orang sanggup berjaga malam untuk menonton perlawanan bola sepak EURO ini. Saya juga begitu. Saya sudah menyaksikan perlawanan antara Poland dan Greece pada hari Sabtu dan Belanda melawan Denmark pada hari Ahad.

Dihadapan pintu utama PPAS

Assalamualaikum, kali ni saya nak tulis pasal jalan2 gi PPAS lak. Kali ni saya jalan2 ngan keluarga. Tapi ayah saya tiada kerana pergi ke luar negeri sebab ada urusan kerja. Saya bertolak dari rumah kul 11:30. Sampai je kat situ, parking penuh ,jadi terpaksalah parking jauh sikit.Lupa pula, saya pergi PPAS ni hari rabu minggu kedua. Masuk je PPAS , mak saya hantar adik2 saya ke 'Zon Kreatif'. Mak saya teman adik 2 saya disitu. Saya dan adik2 saya pula pergi ke librari. Asalnya saya nak buat folio sejarah, tapi saya hanya berjaya buat 2 muka surat sahaja. Lepas saya terasa bosan, kemudian saya pun pergi ke zon kreatif tu. Sebenarnya pergi situ nak main computer tapi penuh. Ramai orang guna komputer waktu itu. Saya jalan2 sekitar Zon Kreatif tu. Tanpa disangka-sangka, saya ternampak Ust.Zubaidah dan Pn. Zeti. Tak lama lepas tu Ust.Syariah sampai. Saya pun terkejut , kemudian saya mengambil buku dan baca di tepi almari buku. Lepas tu saya terasa lapar, saya pun pergi ke kafeteria, beli sosej satu, nugget tiga, dan air anggur sekotak. Tak lama lepas tu kami pun balik ke rumah . Pada mulanya nak buat folio sejarah terus tak jadi sebab tak ada mood. Ok ni jelah pada kali ini, Assalamualaikum.

Friday 8 June 2012

Jalan 2 ngan kwn2

Assalamualaikum, cuti ni korang ada gi mna2 ke ngan kwn2? aku ada, gi Mid Valley. Aku gi mid ngan azizi, arif, dan umar. Kitorang gi Mid naik KTM. Masa mula2 sampai kitorang nak cari kedai makan sbb lapar,belum sarapan. Tapi umar pulak nak gi beli tiket wayang dulu,takut nanti beratur ramai org.Lepas beli tiket ,umar ajak kitorang gi kedai ayah dia. Huh! lega x payah lah keluar duit. Nama kedai ayah dia ialah '1901' . kedai tu jual bebagai jenis hotdog, salah satunya ialah 'hotdog 1 Malaysia' tapi hotdog dia mahal2 but sedap. untunglah umar cakap free. 

ni masa kat kedai ayah umar,'1901

lepas gi makan kat kedai ayah umar , kitorang gi tengok wayang, citer 'MIB 3' dari kul 11:30 sampai 1:20. best gak tengok mib 3 ni. ingatkan mula2 x best, hihi. 

musuh dalam MIB 3 "Borix the animal"


Lepas tengok MIB 3, umar nak gi main 'lasertag' tapi kitorang x nak sbb mahal. Yelah mana x nye sorang 25 ringgit, takut nnti x cukup duit nak makan , beli tiket . lepas tu kitorang gi solat zuhur. lepas solat zuhur, kitorang gi tempat permainan ,tah aku lupa nma tempat tu, tapi kalo nk main kene masukkan token. Lepas puas main kat situ, kitorg pun gi tengok wayang lagi. kali ni cite The Avengers pulak. Tapi yg best nya, kitorang tengok dalam 3D. Best betul cite ni.

Gabung mantap 6 org hero

Lepas tengok wayang kitorg pun beli tiket pastu balik . penat betul hari tu . aku sampai rumah kul 8:00 malam. setakat ni je yg aku mmpu tulis , Assalamualaikum.

 

Assalamualaikum, akhirnya saya berjaya juga buat blog ni. Tu pun last-last minute .k bye